Dikemaskini pada: 02-Nov-2026

Sijil Teknologi Automotif

 

Nama Sijil:
SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF

Intipati Sijil / Silibus:

Program Sijil Teknologi Automotif adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Pengendalian bengkel, pemeriksaan sistem kenderaan, penyelenggaraan sistem penyamanan udara kenderaan dan servis asas kenderaan.

2. Selenggara roda, selenggara sistem stereng, selenggara sistem gantungan dan selenggara sistem brek.

3. Rombak rawat sistem klac, rombak rawat transmisi manual, rombak rawat transmisi automatik dan rombak rawat unit pacuan akhir.
​
4. Analisa kerosakan enjin, penyelenggaraan sistem elektrik enjin, penyelenggaraan sistem pengurusan enjin dan merombak rawat enjin.


Kelayakan Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran menyelenggara kenderaan ringan untuk diimplimentasikan dalam bidang Automotif. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
  • Mekanik
  • Juruteknik servis kenderaan
  • Penasihat servis (Service Advisor)
  • Pengusaha bengkel servis
  • Pengusaha bengkel tayar
  • Pengusaha bengkel elektrik automotif
  • Pengusaha kedai aksesori automotif​
  • Melanjutkan pengajian ke peringkat diploma

Durasi Kursus:
2 tahun (4 semester termasuk Latihan Industri)

Kami mempunyai 13 tetamu dan tiada ahli dalam talian

Hari Ini: 2
Semalam: 8
Minggu Ini: 2
Last Week: 82
Bulan Ini: 10
Last Month: 450
Jumlah: 10,374
010374