Dikemaskini pada: 02-Nov-2026

Sejarah Penubuhan

 

Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
​Kolej Komuniti Pekan (KKPP) merupakan antara sebelas buah kolej komuniti dalam Negeri Pahang. KKPP mula beroperasi pada bulan April 2011 dengan menumpang di kampus Kolej Komuniti Rompin. Pembinaan kampus tetap kolej telah bermula pada Julai 2010 dan telah mula beroperasi pada 12 Oktober 2012. Kampus tetap telah dirasmikan pada 17 Mei 2014 oleh mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Bin Abdul Razak. KKPP telah melaksanakan pelbagai program komuniti dan pada masa sekarang pihak kolej aktif menjalankan kursus-kursus pendek di sekitar Daerah Pekan. KKPP menawarkan dua program sepenuh masa Sijil Kolej Komuniti untuk lepasan SPM iaitu Sijil Teknologi Automotif dan Sijil Pengembaraan Pelancongan.

 

Kami mempunyai 10 tetamu dan tiada ahli dalam talian

Hari Ini: 2
Semalam: 8
Minggu Ini: 2
Last Week: 82
Bulan Ini: 10
Last Month: 450
Jumlah: 10,374
010374