Dikemaskini pada: 02-Nov-2026

Sijil Pengembaraan Pelancongan

Akreditasi MQA

Nama Sijil:
SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN

Intipati Sijil / Silibus:
Program ini direka bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini, pelajar akan memperolehi pengalaman dalam melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan industri pelancongan.

​Antara kandungan pengajian yang diperkenalkan dalam program ini ialah :

1. 
Asas Pelancongan Malaysia, Pengenalan kepada Industri Pelancongan dan Hospitaliti, Interpretasi Pelancongan dan Pertolongan Cemas.

2. Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Pemasaran Pelancongan, Rekreasi Pelancongan, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Tempahan dan Tiketan.


3. ​Geografi Pelancongan, Operasi Acara, Pembangunan Profesional dan Pengurusan Acara Sosial. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan kursus am dimana pelajar akan dibekalkan dengan kemahiran keusahawanan.
​

Di samping tugasan dan ujian, pelajar juga akan dinilai melalui amali dan juga praktikal bagi membolehkan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara berkesan.

Kelayakan Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Mendapat SATU(1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Prospek Kerjaya:
Program sijil ini ditawarkan selama empat (4) semester termasuk latihan industri pada semester akhir bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajar sebagai persediaan untuk memasuki pasaran kerja. Lulusan program ini akan bersedia menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang pelancongan.

Antara pekerjaan yang berpotensi adalah : 

  • Pemandu Pelancong Bandar (City Guide)
  • Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi (Nature Guide)
  • Pemandu Pelancong Setempat (Onsite Guide)
  • Kerani Tempahan
  • Perunding Lawatan
  • Koordinator Lawatan
  • Pegawai Pelancongan
  • Penyelia Rekreasi
  • Pengendali Acara
  • Pegawai Khidmat Pelanggan
  • Wakil Pemasaran dan Jualan
  • Usahawan
  • Melanjutkan pengajian ke peringkat diploma

Durasi Kursus:
2 tahun (4 semester termasuk Latihan Industri)

Kami mempunyai 12 tetamu dan tiada ahli dalam talian

Hari Ini: 2
Semalam: 8
Minggu Ini: 2
Last Week: 82
Bulan Ini: 10
Last Month: 450
Jumlah: 10,374
010374