Dikemaskini pada: 02-Nov-2026

Kesedaran Kelestarian Hijau Komuniti Pekan

KITA KITAR SEMULA HARI INI, WARISAN LESTARI HARI ESOK! SEKITAR JUALAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOLEJ KOMUNITI PEKAN
Tarikh: 2 Julai 2026 (Khamis)
Masa: 9.00 Pagi sehingga 1.00 Petang
Tempat: Perkarangan Kolej Komuniti Pekan 

Jangan buang, tukar jadi wang! Sempena usaha murni memupuk Kesedaran Kelestarian Hijau Komuniti Pekan, Kolej Komuniti Pekan telah berjaya menganjurkan program Jualan Barangan Kitar Semula yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada warga daerah Pekan dan komuniti setempat. Program ini diadakan sebagai seruan kesedaran untuk membersihkan kediaman daripada barangan terpakai sekali gus menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar demi masa depan generasi akan datang.

Melalui aktiviti ini, para peserta bukan sahaja dapat membantu mengurangkan lambakan sisa buangan di tapak pelupusan, malah mereka turut berpeluang menjana pendapatan sampingan hasil daripada jualan barangan kitar semula seperti kertas lama, botol plastik, dan tin aluminium yang dibawa.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh komuniti yang hadir memberikan sokongan. Setiap langkah kecil kita hari ini bakal memberikan impak yang besar kepada kelestarian alam pada masa hadapan. Syabas warga Pekan yang prihatin terhadap bumi!

JOM LESTARIKAN ALAM BERSAMA KOLEJ KOMUNITI PEKAN!

   

Kami mempunyai 10 tetamu dan tiada ahli dalam talian

Hari Ini: 2
Semalam: 8
Minggu Ini: 2
Last Week: 82
Bulan Ini: 10
Last Month: 450
Jumlah: 10,374
010374