PENGENALAN

Kolej Komuniti Pekan (KKPP) mula beroperasi pada bulan April 2011 di kampus sementara iaitu di Kolej Komuniti Rompin. Pembinaan kampus tetap kolej telah bermula pada Julai 2010 dan telah mula beroperasi pada Ogos 2012. Bangunan Kolej Komuniti Pekan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 17 Mei 2014. KKPP telah melaksanakan pelbagai Program Latihan 1 Malaysia sepanjang tahun 2011 dan pada masa sekarang pihak kolej aktif menjalankan kursus-kursus pendek di sekitar Daerah Pekan dan juga Program Sepenuh Masa. Pengambilan pertama pelajar telah diadakan pada 3 Oktober 2012. KKPP menawarkan dua Program Sijil iaitu Sijil Servis Kenderaan Ringan dan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan.

Kampus tetap KKPP yang beralamat di Jalan Pekan-Kuantan, Peramu Jaya, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang kelas, bengkel, perpustakaan, makmal komputer dan peralatan mengajar yang canggih dan terkini serta tenaga pengajar yang berpengalaman bagi memastikan setiap program yang dijalankan adalah berkualiti. KKPP yakin dapat memperkasakan sosio-ekonomi penduduk Daerah Pekan melalui peluang pendidikan sepanjang hayat dan kemahiran yang ditawarkan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, usia dan taraf pendidikan.