Pelajar Aktif
183
Pelajar Tamat
353
Peserta Kursus Pendek
10002
Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas) 5.Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran 6.Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program Teknologi Automotif adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Pengendalian bengkel, pemeriksaan sistem kenderaan, penyelenggaraan sistem penyamanan udara kenderaan dan servis asas kenderaan.
2. Selenggara roda, selenggara sistem stereng, selenggara sistem gantungan dan selenggara sistem brek.
3. Rombak rawat sistem klac, rombak rawat transmisi manual, rombak rawat transmisi automatik dan rombak rawat unit pacuan akhir.
4. Analisa kerosakan enjin, penyelenggaraan sistem elektrik enjin, penyelenggaraan sistem pengurusan enjin dan merombak rawat enjin.
PROSPEK KERJA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran menyelenggara kenderaan ringan untuk diimplimentasikan dalam bidang Automotif. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
Mekanik
Juruteknik servis kenderaan
Penasihat servis (Service Advisor)
Pengusaha bengkel servis
Pengusaha bengkel tayar
Pengusaha bengkel elektrik automotif
Pengusaha kedai aksesori automotif
Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas) 5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran 6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan pelancongan dan pengembaraan. Pelajar berkemampuan untuk menguruskan projek berkenaan dengan aktiviti pelancongan dan pengembaraan. Program ini menawarkan modul teras Pengenalan Pelancongan, Pertolongan Cemas, Interpretasi Pelancongan, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Rekreasi Darat, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Rekreasi Air, Tempahan Dan Tiketan dan Etika Kerja Dalam Pelancongan. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Pelancongan dan Pengembaraan.
PROSPEK KERJA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pelancongan dan pengembaraan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam industri pelancongan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pelancongan dan pengembaraan, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:
Kerani Tempahan/Jualan Tiket
Kerani Inbound /Outbound
Pembantu Jurulatih Rekreasi
Ketua Rombongan
Front Liner
On-Site Guide
Tiada Sebarang Tawaran Tender Yang Ditawarkan
Aktiviti / Program